Wednesday 24 October 2012

Haih , Afiq dah19

Assalamualaikum . Apa habaq semua ? Lama haih dok update blog . First thing aku bukan pindah utara tapi aku suka cakap utara . Today aku nak cerita kat korang sebenaqnya aku dah 19 , tua dah doe . And dalam 19 tahun tu banyak benda yang aku belajar . Dari yang elok belaka ke nakal belaka . Aku juga belajar mengorat awek . Muka Aaron Aziz tapi tak pandai mengorat pun tak guna juga babe . Post aku kali ni nak cerita pasal tu je . Sebab yang lepas lepas ni baru nak dok cerita tentang pengalaman . Aku cuti sem bosan dia lain macam babe . Aku lupa pulak , aku juga belajar bagaimana nak memasak di rumah bujang . Bukan senang . Tu je aku boleh cakap . Hehe . Hey , harap ringan ringankan lah beban untuk baca post aku yang akan datang . Seriously , rindu nak post . Nak bagi korang baca . And dah lama tak cakap . Peeerrrrggghhhhhh ! Haha ni gambar abang 19 . Baik tak ?


Wednesday 19 October 2011

UITM , tunggu kehadiran saya :D


assalamualaikum semua :) lama aku tak update blog . teruja pulak bila bukak blog aku balik . okay , first thing aku nak cakap . aku memang teruja . banyak benda baik yang jadi dalam hidup aku , tak lari jugak benda yang tak baik . tapi cool . hahaha . aku nak habaq kat korang semua ni . aku dapat tawaran masuk uitm kos eh pengajian perniagaan . walaupun lambat sikit . tapi aku bersyukur sangat sebab dapat jugak aku sambung belajar . aku suka sangat . tapi aku harap masuk tempat baru takkan ubah aku lah kan .mana tau . kawan dekat u aku tu banyak mat rempit kan . balik sini carrot cut seluar aku . baju ed hardy . lepas tu pakai topi nampak rambut depan tu kan . setakat pilah seremban 15 minit je bai . haha . tapi kawan kita tak boleh nak pilih kan . yang penting jati siri tu sendiri . ahh korang , nak cakap aku kerek lah tu . haha  and aku harap , aku dapt berjaya lah dekat u nanti . aminnn :) korang doa doakan lah aku eh eh . hehe . lupo lah nak dikobar an . den dapek uitm pilah yo . memang den seronok dapek dokek . solalu balik . haha . bahaso pun memang macam ni lah yo . hahaha


ni lah serba sikit gambaran tempat aku nak masuk belajar . sumpah kampung bangat . haha






( korang nampak belakang tu apa ? hutan broo . haha )

ps3 : aku nak rajin update . hehe

Thursday 21 July 2011

kebenaran dan penipuan didalam kebenaran .

post aku kali ni maybe tak segembira yang lepas . tapi , dalam gelak tawa kita , kita hendaklah , haruslah mengambil tahu keadaan sekeliling . setelah menghabiskan tontonan siri the arrival dan phase 3 ( wake up project ) aku percaya , kebenaran adalah sesuatu yang sukar diperoleh . hidup kita penuh dengan penipuan . hey korang pernah terfikir tak , lagu dari barat tu kebanyakan puja kekasih mereka , aku pun tak perasan . rupanya , ia adalah pemujaan terhadap syaitan . percaya ke tidak ? mungkin korang kata aku ni terlalu taksuub benda tu , tapi itu adalah KEBENARAN yang cuba mereka tutp dari pandangan mata kita . contohnya lagu lagu LADY GAGA , MADONNA and RIHANNA . aku percaya benda ni selepas buat research sikit and pendapat orang ramai . itu dari segi hiburan , aku syorkan korang kaji lagu yang korang minat sebelum meminatinya dan menyanyikannya okay ;) . dari segi politik pula , penipuan kerajaan ditutup oleh media . contohnya , Amerika syarikat , alat penutup penipuan mereka ialah CNN dan di Malaysia , tentunya Buletin Utama (tv3) , RTM  dan Utusan Melayu . sebab itulah , zaman sekarang ni , korang kena peka , peka , peka tentang apa yang berlaku di sekeliling korang . kita terpegun dengan kejaguhan kerajaan , yang sebenarnya menipu rakyatnya . dia america contohnya peristiwa 9/11 dan di Malaysia ialah peristiwa 9/7 . itu contoh . banyak lagi yang peritiwa penting yang korang kena tahu . aku syorkan korang rajinkan diri membuat sedikit research . takkan duduk menghadap fb 3 4 jam , buat research 30 minit tak boleh . \ aku bukan nak suruh korang taksuub kepada mana mana parti politik , tetapi demi kebenaran . supaya korang buka mata sikit . dari segi ekonomi pula , korang tak payah lah percaya sangat dalam ekonomi . semuanya dah dirancang . aku bagi korang contoh terdekat dengan yang ada dalam poket korang tu . duit Ringgit Malaysia (RM) 100% dipengaruhi oleh dollar america (USD) . maknanya taraf ekonomi kita bergantung kepadanya . kepada ekonomi amerka syarikat . aku sokong sangat guna dinar emas . settle masalah . korang tau tak yang nilai emas tak pernah turun . so kitalah untung kalau guna dinar emas . ekonomi akan cepat membangun . bukalah mata kawan semua . ini baru 3 bidang yang aku tunjuk . banyak lagi . ini pun aku tunjuk korang sedikit dari bukti bukti penipuan . kalau kat malaysia . banyak tempat kita boleh rujuk untuk kebenaran . contohnya , akhbar bebas seperti malaysiakini atau kalau nak berkembang sikit ke taraf dunia aljazeera, blog blog yang bernas seperti milosuam dan amenoworld . sedarlah kawan kawan . kita ni memang enjoy punya orang , tapi batasannya kita kena jaga . stabilkan dunia dan akhirat kita :)










ini adalah intro bagi the arrival . tengok sambungannya di youtube or wake up project :)










ini adalah kebenaran tentang peristiwa 9/11







ini pula kebenaran peristiwa 9/7








dan ini adalah hakikat ekonomi di malaysia ,


lady gaga 


rihanna


madonna

ni adalah contoh artist barat yang freemason

ps3 : kebenaran didalam penipuan is better . :) aku serious sikit , sebab bimbang akan dunia saya , dunia kita . peace all .  

Wednesday 18 May 2011

Paperplane !

Hey guys ! hari ni aku nak cerita kat korang pasai band aku . hot bai ada band . hahaha . kerek lak aku ai .
sebenarnya band ni terbentuk bukan nak market , tapi minat doe . dan keputusan aku ambik PUNK ROCK as our genre memang terbaik . masuk dengan jiwa aku bai . walaupun masa tu pop dan indie rock sedang menguasai , tapi PUNK ROCK tetap the best .band ni terbentuk bila masanya aku , riza and fares pergi jamm . memang terbaik (rasanya) hahaha . ahli sebenar paperplane ada gadis , dia nak main keyboard . peerrgghh . memang market habes doe kalau ada dia . hahaha . tapi kerana terlalu jauh , hasrat itu terpaksa dibuang . walau apa pun , dia adalah manusia yang paling kami hargai , kerana dialah yang bagi nama untuk band ni . thanks ain :) . aku akan sebut nama kau kalau paperplane dah maju . uhuk . lepas tu , masuk bulan januari 2010 , tapai dengan rasminya sertai paperplane sebagai bassist . bai , aku rasa dia terbaik doe . sampai sekarang banyak lagu yang kitorang bawa and lagu kami ada dua , sedar and hey punkers ( nama sebenar lagu ni panjang , susah nak ingat lagitu jadi kami tukar pendek je ) hahaha . and bagi aku , aku suka band aku dipanggil antiflag ke-2 . hahahaha . style doe . aku nak cakap kat sini , aku sayang band mate aku and semua supporters paperplane . korang semua hot bai . ppppppppsssssssssstttttttt . panas .!



ni lah line up paperplane

ni dekat back stage PYDO , sumpah seronok .


dibawah ni pula adalah flyers flyers gig yang kami dah perform and akan perform .


ni gig pertama Paperplane . bapak takut doe time tu . menggeletar satu badan :)  
organizer : PR and JAGG


gig ni kitorang tak dapat main atas sebab sebab tertentu . 
organizer : iqhmar


gig ni adalah dioraganize oleh PR and ayie 
great :D


ni event terbesar kami pernah perform , thanks to PYHC . 
great gig ! thanks for KBS too :)



ni adalah dua event berturut turut yang kami akan main diputrajaya .
thanks to erry sebab bagi slot ! 
jemputlah ke event tu . lagi tepat ini adalah bersempena hari belia negara 2011 ! 
datang ye semua !

ps3 : paperplane sekarang dress up kpop :) hahahahahahah

Thursday 5 May 2011

sekolah tunku ampuan durah :)



ppeerrgghh , apa gila aku cerita pasal penjara harian ni bhai . walau apa pun meh aku bagi korang cerita sikit tentang aku dan sekolah aku . ialah asyik cerita benda enjoy je , jum tengok macam mana aku derita pulak :)

aku masuk sekolah ni form 4 , bulan 3 time tu . kira budak budak pandai dah keluar lah dari sekolah tu . aku suka gak lah nak masuk sekolah baru , tapi sedih , duka takut masih ada dalam otak aku . aku tak kenal sorang umat pun kat situ bai . aku risau gila kena buli . hahaha . hari oertama aku masuk sekolah stad ni , aku terkejut bhai , ni sekolah ke apa ? banyak gila blok tapi sempit . haha . aku masuk masuk jumpa pak guard kerek , bertumbuk je kat situ . kerek kan aku . aku masuk masuk terus jumpa miss wong . macam bangang oi . aku ingat kan orang je panggil dia miss rupanya dia memang tak kahwin lagi . hehe . jahat mulut aku mengumpat . meh aku sambung , aku ingat lagi , time tu masa cikgu noraini , waktu add math , yang tak bestnya , dia kenal pulak pakcik aku . memang susahlah sikit nak nakal . haha . lepas tu yang lagi macam bodoh , aku nampak longgokkan wanita . bayangkanlah . lelaki 9 orang perempuan 27 orang . peerrgghh . lemas ku dengan gadis . korang tau lah kan . perfume pe semua lagi . haha . lepas tu time tu dah masuk waktu pj . si riza and tompel ajak aku pergi turun padang . pergghh . macam bodoh doe sekolah baru , kawan baru . tapi , aku yang bodoh gila sebab tak kenal kawan lama si tompel . haha . korang tau je lah kan , dah lama kot . lepas tu aku terus pergi padang salam cikgu dino . best bai . sec coach negeri bhai . 2009 - 2010 . lepas tu aku main bola dengan budak kelas durah . kelas tapai . hehe . lepas tu , aku jalani hidup di penjara tingkatan 4 tu . hahaha , kelas aku dah lah macam ttuuuttt . duduk sebelah tandas bai . panas lagi serious macam bodoh , semua berebut nak duduk tengah . tapi lepas tu , dia tambah kipas , semua berebut pulak nak duduk tepi . haha . aku ingat lagi doe . tiap tiap pagi budak budak kelas aku akan datang and lepak kat luar kelas dengan pakwe masing masing . sweet lah kononnya tu . haha . gilo bai . and aku tak boleh lupa jugak aku masuk je sekolah tu straight masuk bola baling , dapat lah no 2 . boleh lah dari takda . serious tahun yang membeosankan untuk belajar and aku main main je sepanjang tahun . beratus kali doe kena marah . nakal bonar . haha . aku pun ingat jugak dari sini lah aku dapat tengok macam mana semangat perpaduan dalam kelas aku . 3 lelaki melayu , india and cina . senang . haha . tapi kitorang memang buat kerja besrsama . romantik kan . haha . aku jugak ada kawan baik dala kelas iaitu , riza , tompel , hari , syaz and atin . and tahun ni jugaklah aku sedar yang aku ni bangang ambik sc tulen . yang sebenarnya bukan kemampuan aku , sebab aku ni pemalas . shit . aku kerek , last last , dimakan kerek . haha . yang paling tak best sebenarnya ialah cikgu cikgu aku , entahlah . bosan , diorang more to girls kecuali beberapa guru . meh aku tunjuk senarai cikgu aku . sejarah : cikgu noraini , add math : cikgu noraini othman , math : sir subra , bm : cikgu mastura , bi : miss wong , pj : mr. dino , pai : ustazah suzana , chem : cikgu sabariah , bio : cikgu maznah , phy : cikgu ash ( aku sayang bai cikgu ni , dia je pandai ajar aku physics ) . tapi walaupun sekolah tak best sangat , kat luar serious awesome . kat sini aku kenal kawan kawan sekarang ni , riza , tapai , apis , fizan . awesome doe . diorang rapat dengan aku sampai sekarang . and tahun ni jugak tertubuhnya paperplane . band aku sekarang . and dari sini jugak aku payahkan diri untuk belajar tentang seni . haha . dah mula kerek eh . ceett . aku rasa ni je part form 4 . nak cerita form 5 panjang bai . form 5 aku banyak pengalaman bila munculnya nama seperti sara , bella , farah amirah(form 4 tak rapat sangat) and ramai lagi . dalam tahun form 5 lah aku jadi sebenarnya rasa malas belajar aku naik . haha . see your soon :)


nilah tempat paling macam bangang , 
tiap tiap pagi kena beratur kat sini and kat sini jugak lah rambut aku dipotong , kena denda , shit

yang colour biru tu bangunan kelas aku .
kelas aku huung sekali and dekat benar dengan pintu belakang . 
jeng jeng jeng , memang senang lah nak balik .
haha .

ps3 : aku tak rindu sekolah !

Tuesday 3 May 2011

pandangan lelaki terhadap perempuan .

kawan kawan , meh dengar abang nak cerita . seronok tau . sebagai mukadimah , dalam kehidupan aku sebagai remaja , aku memang suka hang out dengan kawan kawan . lebih lebih lagi weekend . hari yang paling syok . kami jalan jalan sampai kadang kadang tu lupa jalan balik . selain dari lepak , jamming , minum minum , kitorang juga menggunakan peluang ini sepenuhnya untuk usha awek awek yang berkeliaran . maklum lah orang muda , darah panas (masuk topik ke tak belakang cerita . haha) . oleh itu kami sudah jadi faham dengan perangai gadis gadis di luar sana . mari abang tunjukkan presepsi lelaki terhadap gadis dari segi pemakaian or gaya dan juga perwatakan gadis tersebut :

1. rambut blonde mengalah kate holmes . ( rambut dia blonde ke ? aku tak tau )

  ; senang cerita , kami menganggap dia hot . psssttttt . panas . tapi  kalau pakai seluar kotak kotak . baju ketat  tahap dewa , kami menganggap beliau awek mat rempit yang sukakan motor dan selalu cakap, vvrrrooommm  vrroooommm ! bestnya bang , bawaklah laju lagi . and tapi sekali lagi , kalau kaler muka dia , tak sesuai  dengan rambut , kami menggelarkannya , "style" dan cakap peerrrgghhh , apa lancau rambut kau . haha

2.subang di merata rata tempat :)

  ; bergantunglah pada tempat dia letak subang . kalau kat hidung . bodoh . kalau dekat telinga style , kalau dekat bawah mulut , peerrgghhh , susah makan kan . kalau kat lidah . bitch . hahaha . teruk kan kitorang

3 . baju kurung and tudung .

   : kitorang tak komen . serious doe . sejuk mata memandang ,kalau pakai tudung labuh sikit . bagilah salam :)  
tapi kalau pakai baju kurung and tudung lepas tu gedik . memang kena makilah . and kami akan cakap , baik tak payah pakai baju kurung doe ,

4. cakap kuat kuat .

   : label kami kepada perempuan jenis ni ialah awek mat rempit . or bahasa kasar , karo . tteeettt . habes . malas aku nak ulas . memang kitorag tak minat . serious doe .

5 . pakai baju ketat tahap dewa

    : kami gelarkan mereka  . bodoh and aku tak pandang sangat mereka . jennjeng , lebih lebih badan keping . ceettt . shit . tak minat aku . pppuuuii ,

6 . jalan dengan balak , peluk peluk ,

    : pergghhh . huduh kau tau . ni aku panggil beruk . bepaut je kat balak , balak kau boleh lari ke ? and aku juga selalu cakap . perempuan macam ni serious boleh pergi . haha . pergi mati . 

7 . seksi

    : okay lah . kitorang semua boleh terima perempuan seksi . sebab . diorang hot . and seksi ikut tempat . aku takdalah suka tengok . tapi siorang nampak hot . cute .


8. pakai high heels :)

   : bai , yang ni aku suka tengok , nampak seksi gila bai . and also nampak tinggi . aku tak suka tengok perempuan yang terlampau rendah . hehe . and aku gelarkan mereka . hottie cutie , haha

9 , perempuan pemalu .

   : ni nenek aku pun suko . haha . kau tau tak. perempuan macam ni lah sebenarnya perempuan yang baik . mereka ni jenis yang susah nak di tackle . aku respect bhai . ni pemalu ye . bukan kerek . perempuan kerek tu. menyampah aku . tak nak layan , nombor bagi jugak . muka tak lawa mana , tapi edit gambar jadi lawa , keluar pakai make up tebal . shit .

10 . bawak guitar or dslr

    : okay . korang paling hot antara yang lain lain diatas . tapi pasti kan korang tau guna dua dua benda ni . korang tottaly awesome and paling banyak buat lelaki tertarik . kalau muka korang biasa biasa je pun tapi bawa benda ni kitorang mesti pandang . heee


konklusinya , inilah antara pandangan aku dan kawan kawan aku terhadap gadis sekarang ni . korang jangan terasa lak kalau tergolong dalam golongan yang tak best , benda ni aku nak buka mata perempuan bila lelaki tengok gaya and perwatakan korang . kalau yang tak betul , kita betulkanlah okay . okaylah ,ni je yang aku nak kongsi hari ni , mana tau hari lain aku tambah lagi . jengjengjeng :)


ps3 : tulisan aku kaler kaler harini . sweet kan . hahaha . meh aku tunjuk gambar sikit mesti korang dah bosan baca kat atas kan , hehe .









Monday 2 May 2011

games ! :)

serious doe aku minat game . gila sebenarnya . kalau duduk depan ps2 aku paling kurang 3 jam . aku bukan apa bukak sejam tak sampai kat hati game tu :) games ni penting kau tau . hilang stress , mantapkan permikiran , kuatkan minda , sakitkan mata and menyakitkan telinga . haha . yelah mana tak nya . main sampai 12 jam , tak mengamuk pulak , mak , nenek and awek or bf korang . aku paling gila game bola . jom lah try lawan dengan aku . kalau kena ayam ayam dengan aku sorry lah doe . haha . kerek . aku semenjak habes sekolah ni , skill makin mantap doe . main game apa pun dah boleh . dah 4 bulan aku bertapa dengan game ni . kalau aku masuk u nanti , tak tau lah guane aku nak survive kat sana . aku ingat nak beli sebijik tv and ps3 letak kat dorm aku . lepas tu pasang home theater . seronok bai . main ramai ramai . lepas tu aku kena buang u sebab pointer macam haram . haha . yelah . menghadap game je , mana ada masa menghadap buku . korang kena join doh group aku . group orang comel , umur dah besar main game tak henti henti . haha . seronok bai . korang akan rasa tenang sangat . jiwa korang bagai di sentuh dek kemanjaan dan keintiman game korang , ayat aku pulak , jom aku tunjuk kat korang alat untuk aku main games .


ni cinta aku yang kedua selepas guitar .
kalau menghadap dia tak boleh kurang 3 jam okay .
benda ni yang buatkan spm aku tak berapa best (alasan) :)

aku start dengan benda ni sebenarnya ,
 and sekarang mengilai game pc kembali . cool doe .

kurang best main kat sini . tak puas bai .
screen kecik , sound perlahan . nasib baik pakai headphone .


ni yang latest . 
aku akan paksa phone ni terima game and aku akan complete kan semuanya .
:)



kat bawah ni pulak game yang aku dok main . seronok bai .best . suka sangat . cinta semua ada . bagi aku mereka perfect <3 . haha . tapi betul doe . bila korang dah addict macam aku , korang akan rasa sendiri kebestan dunia yang korang handle sendiri :) superb !









walaubagaimanapun , kita menghadap game ni seronok . jangan lupa dunia . benda benda lain pun kita kena jaga jugak okay . :)

ps3 : aku rasa post aku ni tak kerek sangat :)